Tuesday, July 01, 2008

26 Jamadil Akhir | Panjang Sangatkah....

Pelajaran hari ini dimulakan dengan kuliah Biology. Menjalankan eksperimen untuk menentukan nilai tenaga yang digunakan, penulis terlupa untuk menulis laporan eksperimen lebih awal (disebabkan sibuk dengan kerja sekolah yang lain dan menyediakan teks khutbah). Sama seperti sebelumnya, eksperimen ini boleh dikatakan gagal, kerana hasil percubaan ketiga eksperimen tersebut menyebabkan keseluruhan eksperimen tersebut hancur.
Selepas itu, pelajaran diteruskan dengan kuliah Add Maths. Penulis pun hairan kenapa subjek ini dinamakan Add Maths, sedangkan kesemua bab di dalam subjek tersebut sama seperti matematik. apa yang mengejutkan penulis ialah jawapan Adrian: "Because it want to add mads to us." Sama seperti semalam, hari ini cikgu menyambung semula perbincangan tentang bahan ulang kaji yang diberikan olehnya kepada kami.

Semasa rehat, penulis pergi menemui Pn Zalma (ditemani oleh Nadzmi) untuk menunjukkan kepadanya teks khutbah yang baharu sahaja penulis siap cetak pagi tadi. Dan kali ini prayer service bagi pelajar Islam diadakan di Auditorium (maaflah Josephians yang non-Muslim, kali ini kami pula yang pakai, mungkin bulan depan giliran awak).

Kemudian, pelajaran diteruskan dengan kuliah Bahasa Malaysia. Menyambung kembali pelajaran tentang cerpen Kerana Manisnya Epal karya Faisal Tehrani, sememangnya kajian kesusasteraan, sehingga mengkaji latar. Apa yang membuatkan penulis hairan, cerpen ini tidak dapat penulis faham apa yang cuba disampaikan oleh Faisal Tehrani berbanding dengan karya-karyanya yang lain seperti Detektif Indigo dan cerpen-cerpen terkininya yang lain.

Pelajaran hari ini diakhiri dengan kuliah Bahasa Inggeris. Mengakhiri kajian mengenai cerpen The Drover's Wife, kemudian puisi The Road Not Taken. Tetapi, baru kali ini, penulis lihat perangai Adrian semasa di belakang kelas (rujuk di sini). Di belakang, perangainya.... dahsyat. Sentiasa bercakap benda-benda yang porn. Membisu, terkesima, tercegat di tempat duduk - itulah adjektif yang boleh menggambarkan betapa terkejutnya penulis.

* * *

Esok, abang penulis pulang bercuti ke sini buat 20 hari (termasuk esok). Harap-harap dia tak kacaulah waktu penulis gunakan PC ni.

* * *

Semasa penulis membaca komentar-komentar di profile Adrian, penulis terkejut apabila membaca komentar daripada 알렉시즈 데릴 yang berbunyi:
Hah? Panjang sangatkah nama samaran penulis? Penulis rasa, nama orang Arab lebih panjang daripada ni. Nama yang penulis gunakan hanyalah Abdul Hakim Lukhman Al-Yusufi. Kalau orang Arab, memang lebih panjang daripada itu, sehingga ke moyang ke-berbelas-belas (tujuannya untuk mengekalkan salasilah atau nasab keluarga mereka, orang Arab memang macam tu).

Alang-alang, mungkin lebih elok penulis jelaskan kenapa penulis gunakan nama sebegitu. Apabila bercakap mengenai nama Luqman, pasti terlintas dalam minda orang Islam seorang tokoh yang namanya disebut dalam al-Quran (malah dijadikan nama Surah), iaitu Luqman al-Hakim. Menurut riwayat, Luqman al-Hakim adalah seorang yang soleh yang hidup pada zaman Nabi Daud (King David dalam ajaran Kristian). Kisahnya dalam al-Quran famous dengan kisah dia menasihati anaknya agar tidak mensyirikkan ALLAH, menghormati ibu bapa dan tidak meninggalkan solat.

Jadi, daripada penulis menggunakan nama karakter anime/manga, lebih baik penulis gunakan nama yang elok seperti ini. Tetapi, sebab penulis menggunakan Abdul Hakim Lukhman ialah, jika penulis meletakkan al-Hakim (di mana di dalam ajaran Islam, al-Hakim membawa maksud Yang Maha Bijaksana, yang sudah semestinya layak bagi ALLAH), membawa makna penulis menyamakan taraf penulis dengan ALLAH. Astaghfirullah, na'uzubillahi min zalik. Kerana itulah penulis letakkan nama Abdul Hakim yang bermakna hamba Yang Maha Bijaksana.

Al-Yusufi pula adalah gelaran bagi penulis yang sedang menuntut di SMK St. Joseph. Di dalam al-Quran, Joseph merujuk kepada Nabi Yusuf. Dan sudah menjadi (macam tatabahasa) kebiasaan dalam bahasa Arab, orang yang memang dikenali dengan nama keluarga, sekolah/universiti, atau sesebuah tempat, gelaran tersebut akan ditambah imbuhan awalan al dan imbuhan akhiran -i. Misalnya, graduan dari Universiti al-Azhar akan mendapat gelaran al-Azhari di belakang namanya.

Jadi, secara keseluruhannya, Abdul Hakim Lukhman al-Yusufi membawa maksud Lukhman hamba Allah Yang Maha Bijaksana yang bersekolah di St. Joseph.

Dah faham kenapa penulis gunakan nama Abdul Hakim Lukhman al-Yusufi? Kalau tak jelas, boleh hantarkan comment anda di profile penulis.


0 comments:

Post a Comment

Apa Kata Anda...?