Wednesday, July 02, 2008

27 Jamadil Akhir | Berkelayakan Sebagai 'Pemimpin'...?

Hari ini, kelas sesi pagi bermula dengan kuliah Matematik, di mana cikgu hari ini mengajar bahagian terakhir dalam bab Statistic. Sama seperti biasa, kebanyakan pelajar tidak mengambil perhatian dengan pengajaran Cik Chua (memandangkan cikgu hanyalah guru pelatih), kecuali penulis, Stanley dan Kelvin Jong. Penulis diberitahu oleh Kelvin Jong bahawa minggu ini merupakan minggu terakhir Cik Chua mengajar kelas kami. Penulis bercadang untuk memberikan hadiah atau kad kepada beliau sebelum minggu hadapan.

Selepas itu, kelas bersambung dengan kuliah Pendidikan Islam. Mempelajari bab Akidah Teras Kehidupan, memandangkan masa tidak mencukupi, kami hanya mencatat maksud frasa-frasa yang terdapat dalam Surah al-An'am ayat 161-165. Ayat-ayat ini penulis telah hafaz, cuma pengertian sahaja belum. Disebabkan masa yang tidak mencukupi, Ustazah Mona telah menyuruh penulis pergi ke bilik fotokopi untuk membuat salinan nota untuk kami. Namun, apa yang mengecewakan ialah nota tersebut belum dapat dicetak kerana pekerja di situ sibuk mencetak kertas peperiksaan. Apa yang lebih mengecewakan, layanan mereka terhadap penulis kurang mesra. Terpaksa Ustazah Mona pergi ke pejabat untuk mencetak nota tersebut.

Selepas itu, kuliah Bahasa Malaysia menyusul, membincangkan mengenai sajak Anak Laut karya Rahimidin Zahari. Penulis pun sudah lupa apa yang cikgu suruh kami buat sebagai kerja sekolah....

Selepas rehat, kelah diteruskan dengan kuliah Sejarah selama 2 masa. Membincangkan tentang Kerajaan Islam Bani Abbasiah dan Kerajaan Islam Turki Uthmaniyah. Entah mengapa hari ini penulis faham apa yang diajar oleh guru. Semasa kuliah, cikgu sempat memberi tip untuk kertas peperiksaan Sejarah.

Selepas itu, kelas sesi pagi diakhiri dengan kuliah Fizik. Masih membincangkan tentang Prinsip Archimedes (Archimedes' Principles), hari ini kami menjalankan eksperimen tentang hubungan antara weight of displaced water dengan buoyant force. Tetapi, Kelvin Jong pula kelihatan stres kerana dia tersalah salin laporan eksperimen. Dan ketika eskperimen dijalankan, Roland Teo cuba mengganggu dengan membuatkan penulis ketawa mendengar jenakanya (begitu juga dengan yang lain). Dan Kelvin Ting pula cuba membuatkan Roland ketawa dengan jenakanya, sehingga menyebabkan Stanley dan Su Xing Min turut sama tergelak.

Selepas rehat, kelas sesi luar sidang dimulakan dan diakhiri dengan kuliah Sivik. Hari ini, cikgu bersyarah tentang Malaysia Negara Berdaulat dengan menceritakan sejarah negara. Kelas menjadi hingar apabila James mengajukan soalan: Why they chose name Malaysia?. Ada yang menuduhnya racist. (Sabar James). Cikgu pula menjawab bahawa nama Malaysia bukanlah nama kaum, tetapi nama bahasa yang digunakan oleh rakyat Malaysia. Pastinya anda yang membaca entri ini keliru.

* * *

Pagi tadi, para pengawas yang baru sahaja mendapat blazer mereka semalam sedang mencuba kembali blazer mereka. Penulis mendengar blazer yang mereka dapat tidak sesuai dengan saiz mereka dan perlu diukur semula.

Namun, apa yang membuatkan hati penulis terguris ialah ketika penulis melihat **** menggayakan blazernya. apabila **** melihat penulis memerhatikannya, dia berkata:
What? Apa pandang-pandang? I know you jeles...
Masya-Allah, panas telinga penulis dengar ayat-ayatnya. Mentang-mentanglah dia anak cikgu (yang juga bertanggungjawab dalam Lembaga Pengawas SJS), dia ingat dia boleh berlagak gangster macam tu. Wallahi (demi Allah), tak ada niat dalam hati penulis sebegitu. Lebih baik penulis jadi pelajar biasa daripada menjadi pengawas, takut diri menjadi corrupt, seperti pengawas yang lain (itulah yang penulis dengar dan lihat, ada yang bawa telefon bimbit ke sekolah walaupun dia seorang pengawas).

Berkelayakankah orang sebegini menjadi pengawas? Layakkah orang yang corrupt menjadi pengawas?

Jawapannya ada pada diri anda... (Jika jawapan anda ya, ternyata anda juga corrupt).


0 comments:

Post a Comment

Apa Kata Anda...?