Hari ini kelas dimulakan setelah tamatnya prayer service. Prayer service bagi pelajar Muslim diadakan di Auditorium, manakala bagi yang Kristian di gereja yang terletak di seberang sekolah. Prayer service dimulakan dengan bacaan Surah Yaasin dan tahlil (yang diketuai oleh penulis), kemudian penyampaian khutbah (juga oleh penulis, lihat pada entri sebelumnya), kemudian diakhiri dengan kuiz.
Selepas itu, barulah pelajaran dimulakan dengan kuliah Bahasa Malaysia selama dua masa (yang telah dipendekkan disebabkan sesi prayer service). Memandangkan hari ini cikgu tidak mengajar apa-apa topik, maka hari ini beliau mengajar kami tip-tip untuk menjawab Kertas 2 Bahasa Malaysia (yang sudah penulis ketahui tahun lalu). Sayangnya peperiksaan kali ini, tiada soalan untuk novel.
Selepas itu, kuliah Bahasa Inggeris, juga selama dua masa. Menyambung kembali pelajaran tentang sajak The Road Not Taken karya Robert Lee Frost. Entah mengapa baru penulis berasa penat, mungkin disebabkan terlalu banyak menggunakan tenaga semasa prayer service tadi. Anda pun tahulah, apabila penulis letih, sekali kawan penulis silap cakap.... HAH! Itu dia! Amarah yang meledak...
Selepas rehat, kelas diteruskan dengan kelas EST. Tiada apa-apa yang menarik.
Kemudian, kelas Mathematics selama dua masa. Hari ini kami mengulangkaji pelajaran tentang bab 5. Memandangkan hari ini merupakan hari terakhir Cikgu Chua mengajar kami, maka kami menjadi 'budak baik' buat seketika.
Pelajaran hari ini diakhiri dengan kelas Additional Mathematics. Hari ini kami mengulangkaji tentang bab Indeks dan Logaritma. Cikgu memberi kami dua soalan. Kebanyakan kami mengalami kesukaran untuk menjawab soalan-soalan tersebut. Namun, E-man dengan selamba berkata: "This is too easy."
Too easy kaukata? Macam nak pecah kepala aku nak fikir jalan penyelesaiannya... Tetapi, kemudian, penulis faham apa yang dia maksudkan. Sama seperti semalam, the question is too easy, and yet we don't know how to solve it.
* * * * * * * * * *
Semasa prayer service pagi tadi, penulis mengalami dua perkara yang tidak disangka berlaku:- Gementar (yang akhirnya dapat diatasi, tetapi datang kembali ketika hendak menyampaikan khutbah);
- Sakit tekak (disebabkan membaca Yaasin semalam di surau dan kemudiannya melaungkan azan bagi solat Maghrib, Isyak dan Subuh).
Gelaklah sepuas-puasnya jika anda berasa lucu membaca ayat penulis ini.

Tetapi, sebagai 'penceramah jemputan', mereka telah memberikan hadiah cenderahati sebagai tanda penghargaan. (Sebenarnya bukan niat penulis untuk mendapat habuan sedemikian, watallahi).
Dan hadiah cenderhati yang penulis peroleh ialah sebuah buku (alhamdulillah, pilihan ideal penulis jika penulis menerima hadiah daripada seseorang) bertajuk Collection of Islamic True Stories - Himpunan Kisah-kisah Motivasi Menjadi Insan Cemerlang. Hadiah cenderahati ini sebagai penghargaan kepada penulis atas sumbangan penulis dan hadiah ini disumbangkan oleh Pn. Hjh. Rosni, guru Biologi kelas penulis.
Selepas prayer service, penulis menerima pujian (sesuatu yang seboleh-bolehnya penulis cuba elakkan) dari rakan-rakan, para pelajar dan para guru, termasuklah PKHEM, Pn. Fatimah. Penulis juga menerima sebahagian kritikan, terutama ada yang mengatakan penulis membaca doa terlalu laju. Mungkin sesuatu yang boleh dibanggakan, kerana doa yang dibaca dalam bahasa Arab, dan penulis cuba meniru gaya Imam Masjid al-Haram ketika membaca doa (dengan fasih). Mungkin lepas ni penulis boleh belajar bahasa Arab.
Namun, satu pujian (datang dari Siraj Munir, pengawas tingkatan lima) membuatkan penulis hairan:Lepas ni, kita pergi ke Masjid Negeri, beri khutbah kat sana. Hehehe...
Adakah ini pujian atau....?
Arghhh... malaslah nak fikir bukan-bukan....
(gambar-gambar di atas dipetik dari Haramain Salaat Recordings, sekadar hiasan untuk memberikan sedikit gambaran kepada pembaca tentang apa yang ditulis)






0 comments:
Post a Comment
Apa Kata Anda...?