Memandangkan penulis berasa bosan, jadi penulis menulis ini untuk menambahkan pengetahuan anda dan sekaligus menghilangkan sedikit rasa tensen...
Untuk kali ini, penulis sertakan dua kursus utama yang dipelajari di Universiti al-Azhar, Kaherah, Mesir.
Pengajian di Jabatan Syariah dan Undang-undang Islam - Fakulti Syariah Islamiah
Pengajian selama empat tahun (:O terkejut) untuk mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Syariah Islamiah. Subjek-subjek yang dipelajari:
Pengajian Al-Quran dan Qiraat
Mengambil masa 3 tahun, subjek-subjek yang dipelajari:
Secara keseluruhannya, Pengajian al-Quran dan Qiraat mempunyai banyak subjek sejarah berbanding Pengajian Syariah Islamiah, manakala Pengajian Syariah Islamiah terdapat subjek esei dalam Bahasa Arab. Pengajian al-Quran dan Qiraat menekankan pelajar yang telah menghafaz keseluruhan al-Quran sebelum menyambung pelajaran, manakala Pengajian Syariah Islamiah tidak begitu menekankan pelajar yang telah menghafaz al-Quran.\
Ada apa-apa yang tidak anda faham? Silalah komen...

- Al-Quran: mesti menghafaz 2 juzuk (bagi pelajar luar Mesir) atau 7 - 15 juzuk (bagi pelajar-pelajar rakyat Mesir) setiap tahun. Ujian lisan dan ujian bertulis diadakan untuk menguji tahap hafazan.
- Bahasa: pilihan, sama ada bahasa Perancis atau bahasa Inggeris.
- Bahasa Arab (hah :O terkejut).
- Fikah (hukum).
- Usul fikah (kaedah mengeluarkan hukum dari nas-nas).
- Fikah Perbandingan Mazhab: dianggap paling susah (o.O)
- Sejarah Perundangan Islam (sejarah lagi?)
- Tauhid (sudah semestinya)
- Ulum al-Hadis (ilmu berkenaan hadis, terutama mengenal pasti taraf hadis dan taraf periwayat hadis).
- Fikah Kitab (tafsir ayat-ayat hukum).
- Esei (esei lagi?? dalam bahasa Arab?? o.O)
- Isu Fikah Semasa: Pandangan Islam mengenai isu-isu semasa seperti pengklonan.
- Hadis hukum.
- Undang-undang Kekeluargaan Islam.
- Manhaj Dakwah: prinsip dakwah.
- Qawaid Fikah: kaedah-kaedah hukum
Pengajian Al-Quran dan Qiraat
Mengambil masa 3 tahun, subjek-subjek yang dipelajari:
- Al-Quran: mesti telah menghafaz keseluruhan 30 juzuk (jilid) al-Quran ketika ingin menyambung pelajaran. Tidak diajar hafazan al-Quran, tetapi penting dalam peperiksaan. Juga dua ujian: al-Quran Syafawi (ujian lisan) dan al-Quran Tahriri (ujian bertulis).
- Qiraat: memabahaskan cara-cara bacaan al-Quran mengikut 10 imam Qiraat yang masyhur.
- Rasm al-Quran: membicarakan cara penulisan rasm uthmani seperti hazaf, isbat, ziadah dan wasal.
- Hifz al-Mutun. Saya pun tak tahu apa benda ni.
- Fawasil: pengiraan ayat al-Quran bagi setiap mashaf (Madani Awal, Madani Akhir, Makki, Bashri, Syami, Kufi).
- Ulum al-Quran.
- Tarikh Qurra: Sejarah 10 orang imam qiraat secara terperinci (noOoo).
- Tarikh Mashaf: Sejarah al-Quran (sejarah lagi???).
- Dhobt al-Quran: Membincangkan tentang baris-baris dan tanda dalam al-Quran.
Secara keseluruhannya, Pengajian al-Quran dan Qiraat mempunyai banyak subjek sejarah berbanding Pengajian Syariah Islamiah, manakala Pengajian Syariah Islamiah terdapat subjek esei dalam Bahasa Arab. Pengajian al-Quran dan Qiraat menekankan pelajar yang telah menghafaz keseluruhan al-Quran sebelum menyambung pelajaran, manakala Pengajian Syariah Islamiah tidak begitu menekankan pelajar yang telah menghafaz al-Quran.\
Ada apa-apa yang tidak anda faham? Silalah komen...

0 comments:
Post a Comment
Apa Kata Anda...?