Friday, June 20, 2008

15 Jamadil Akhir - Jadual Harian (draf)...

Akhirnya, setelah mengambil masa dua hari, hari ini penulis berjaya menyiapkan draf jadual harian penulis. Mungkin bukan sekarang, tetapi isnya-Allah, penulis akan mula mematuhi jadual ini dalam masa yang terdekat (hal ini kerana penulis masih perlu menyiapkan beberapa tugas tertunggak).

Inilah draf jadual harian penulis:

Isnin - Jumaat (hanya bagi musim persekolahan):
0430 - bangun, mandi, solat Subuh
0615 - pergi sekolah
1330 - balik dari sekolah (hari Jumaat balik pada 1200), makan
1430 - siapkan kerja sekolah
1545 - pergi ke surau untuk solat
1630 - mandi, melayari internet
1820 - pergi ke surau untuk solat maghrib & isyak, menghafaz al-Quran
2030 - makan, melayari internet (untuk & sambil mengulangkaji)
2200 - tidur

Sabtu - Ahad (juga terpakai pada cuti)
0445 - bangun, solat
0600 - mengarang cerpen/puisi/artikel (hanya hari Ahad)
0800 - mandi, sarapan
1000 - siapkan kerja sekolah, ulangkaji
1230 - pergi ke surau untuk solat zuhur
1315 - makan, rehat
1400 - menulis khat
1545 - pergi ke surau untuk solat asar
1630 - melayari internet
1820 - pergi ke surau untuk solat maghrib & isyak, menghafaz al-Quran
2030 - makan, melayari internet (untuk & sambil mengulangkaji)
2200 - tidur

Sebarang komen (jika merasakan draf ini perlu dibetulkan), disilakan.



Thursday, June 19, 2008

14 Jamadil Akhir - .....

Hari ini tiada apa-apa yang patut penulis tuliskan tentang aktiviti hari ini.
Jadi, mungkin elok sekiranya penulis menulis tentang hal peribadi penulis sedikit.

Ketika kelas BM yang diajar oleh Puan Karipap (pada pandangan Roland, Daryl dan Adrian), Adrian bertanya kepada penulis tentang HaPpY (iaitu HY), sama ada dia memang ** penulis. Dan dia juga tahu tentang sajak yang penulis karang untuk HY. Arghhh!!!! Kantoi!!! Macam mana Adrian boleh tahu? (Adrian, jika anda membaca entri ini, tolonglah beritahu macam mana you tahu).

Hari ini, beberapa orang pelajar dari kelas penulis telah dipilih sebagai calon pengawas, antaranya Amir Hakim, Mohammad Qamarul dan Christ Andra. Ketika tengah hari tadi pula, Syukri dan Alif Azni bertanya kepada penulis sama ada penulis terpilih sebagai calon pengawas atau tidak. Penulis menjawab tidak. Mereka berdua hairan lalu mencadangkan agar berjumpa dengan Puan Fatimah untuk menamakan diri penulis sebagai calon pengawas. Tetapi penulis menolak. Penulis teringat akan hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Musa yang berbunyi: "Aku menemui Nabi s.a.w bersama dengan dua orang lelaki dari keluarga bapa saudaraku. Salah seorang warisku itu berkata: Wahai Rasulullah, berikanlah aku jawatan untuk mengurus (memimpin) sebahagian dari perkara yang diberikan oleh Allah kepada mu. Begitu juga warisku seorang lagi mengajukan permohonan yang sama, lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Demi Allah, aku tidak akan memberikan pekerjaan ini kepada orang yang memintanya, apatah lagi kepada orang yang tamak padanya." - Hadis riwayat Muslim.

Bercakap tentang HY, sehingga sekarang penulis ternanti-nanti akan jawapannya terhadap persoalan yang penulis tulis di dalam entri-entri yang lalu. HY, jika anda sedang membaca entri ini, tolong tolong tolonglah jawab persoalan saya itu (rujuk di sini dan di sini).

Dan selepas Asar tadi, hujan turun membasahi bumi Kuching sekali lagi.


Sempena Hari Lahir - See a Huge Moon Illusion

As the full moon rises this Wednesday evening, June 18, many people will be tricked into thinking it's unusually large.
The moon illusion, as it's known, is a trick in our minds that makes the moon seem bigger when it's near the horizon. The effect is most pronounced at full moon. Many people swear it's real, suggesting that perhaps Earth's atmosphere magnifies the moon.

But it really is all in our minds. The moon is not bigger at the horizon than when overhead.

The illusion will be particularly noticeable at this "solstice moon," coming just two days before summer starts in the Northern Hemisphere. The reason, according to NASA, lies in lunar mechanics: The sun and full moon are like kids on a see-saw; when one is high, the other is low. This week's high solstice sun gives us a low, horizon-hugging moon and a strong, long-lasting version of the illusion.

If it's any consolation, space station astronauts report the same effect.

Here's how it works: Your mind believes things on the horizon are farther away than things overhead, because you are used to seeing clouds just a few miles above, but the clouds on the horizon can indeed be hundreds of miles away. So if we think something (such as the moon) is farther away, and it's not, then it seems larger.

If you remain doubtful, test the idea yourself. Go out at moonrise with a small object, perhaps a pencil eraser. Hold it at arm's length as the moon rises and compare the sizes of the moon and the eraser, then repeat the experiment an hour or two later when the moon is high in the sky. A rolled up tube of paper works well, too.

Moonrise times vary by location. On Wednesday, it will come up at these local times at these locations, according to NASA: New York City, 8:58 p.m.; Miami, 8:35 p.m.; Seattle, 9:51 p.m.

The moon rises about 50 minutes earlier Tuesday night, when the effect will also be noticeable because the moon will be nearly full. Oh, and that raises another fallacy: There's no such thing as a full moon.


(diambil daripada Yahoo!)