Semasa saya menyelak mukasurat-mukasurat di dalam Tafsir Pimpinan ar-Rahman kepada Pengertian al-Quran, saya tertarik dengan ayat-ayat dari surah ash-Shu'araa' bermula dari ayat 221 hingga akhir:Penyair, penyajak, pengarang fiksyen, penulis skrip drama, novelis... semuanya tergolong dalam golongan penyair seperti yang disebutkan di dalam al-Quran... adakah mereka golongan yang dihinakan atau golongan yang diberi darjat...?
Maksudnya: Mahukah, Aku khabarkan kepada kamu, kepada siapakah Syaitan-syaitan itu selalu turun? Mereka selalu turun kepada tiap-tiap pendusta yang berdosa, yang mendengar bersungguh-sungguh (apa yang disampaikan oleh Syaitan-syaitan itu), sedang kebanyakan beritanya adalah dusta. Dan Ahli-ahli syair itu, diturut oleh golongan yang sesat tidak berketentuan hala. Tidakkah engkau melihat bahawa mereka merayau-rayau dengan tidak berketentuan hala dalam tiap-tiap lembah (khayal dan angan-angan kosong)? Dan bahawa mereka memperkatakan apa yang mereka tidak melakukannya? Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh (dari kalangan penyair-penyair itu) dan mereka pula mengingati Allah banyak-banyak, serta mereka membela diri sesudah mereka dianiaya dan (ingatlah), orang-orang yang melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak, ke tempat mana, mereka akan kembali.Ayat ini menerangkan bahawa semua penyair hanya berangan-angan kosong dan hina, kecuali mereka yang beriman, beramal soleh, mengingati Allah serta menggunakan kebolehan mereka untuk menyebarkan ajaran Islam. ayat ini secara tidak langsung menjadi panduan kepada saya dalam mengarang penulisan, kerana penyair di dalam ayat ini boleh diqiaskan dengan mereka yang berkecimpung dalam bidang sastera (termasuk pengarang novel misteri).






0 comments:
Post a Comment
Apa Kata Anda...?