Thursday, January 31, 2008

Misteri telah Terungkai...

Ha, ha, ha... hari ini barulah aku mengetahui keadaan yang sebenar... barulah aku tahu jawapan (walaupun bukan secara terus). Semasa berada di Perpustakaan Awam Sarikei petang tadi, aku bertermu dengan rakan sekelasku Xing Yee (biasanya pada Khamis perpustakaan awam akan menjadi sedikit sunyi kerana kurang pengunjung). Kami berbual-bual mengenai pelajaran dan perkara-perkara yang sama waktu dengannya. Dalam perbualan tersebut, dia ada memberitahuku bahawa THY (syaa sendiri saja yang faham) ada meminati orang lain. Aha! Nampaknya misteri yang telah membingungkanku selama ini telah terungkai. Nampaknya aku bertepuk sebelah tangan buat kali keempat. Apakah ini petanda bahawa aku ini hanya layak mengabdikan diri menegakkan syariat Allah? (Mungkin juga...) Hanya Dia yang Mengetahui...

0 comments:

Post a Comment

Apa Kata Anda...?