Tuesday, January 29, 2008

Macam-macam ada...

Bahagian I:
Setiap hari, manusia akan melihat bermacam-macam gelagat manusia yang lain di sekelilingnya. Ada yang gembira, ada yang duka, ada yang tenang...
Hari ini merupakan Hari Kejohanan Olahraga sekolah. Aku pula (secara rasminya) ditugaskan bersama seorang guru untuk menjadi penjaga lorong. Tetapi aku juga ditugaskan untuk membantu hakim acara lontar peluru dan juga menjadi pembersih balapan pada masa rehat. Ia merupakan peluang yang amat bermanfaat berbanding dengan tahun-tahun lalu.

Mengapa? Sebabnya aku dapat melihat bermacam-macam ragam pelajar sekolah aku, serta memahmi hakikatnya. Aku dapat lihat ada yang gembira bersorak pasukan mereka, ada yang rancak berbual dengan rakan-rakan, ada yang membaca buku atau menyiapkan kerja sekolah. Ada juga yang memekik tak tentu fasal bagai orang gila (kerana terlalu taksub dengan pasukan mereka).

Hakikatnya
banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam. Ia menyedarkan aku tentang perlunya perubahan dalam kehidupan. Pandangan mengenai tidak perlu perubahan dalam kehidupan sememangnya suatu kesilapan yang nyata. Manusia tidak akan terlepas denga perubahan, sekalipun perubahan itu tidak mereka sedari.

Bahagian II:
Islah sememangnya perlu dalam hidup manusia. Tanpanya manusia tidak akan maju sampai bila-bila... terus berada di dalam kesesatan sehingga mereka sedar....
Semasa berehat, aku ada berbual dengan dua orang rakan sekelasku, Siddiq dan Ernie. Kami berbincang mengenai bermacam-macam hal, dari soal agama sehingga hal peribadi. Kami sememangnya mencapai kesepakatan bahawa Yahudi, Kristian dan Islam semamngnya mempunyai persamaan: percayai kepada kewujudan Tuhan yang Maha Esa.

Namun apabila berbual mengenai hal peribadi, aku menjadi tergamam dan menyebabkan aku merenung kembali akan diriku. Siddiq ada memberitahuku bahawa Hua Ying menyampah akan aku (Riwayat ini disokong oleh Dygku Umi semasa berada di Makmal Fizik SAS). Adakah aku menyampah sebegitu? Mungkin...

Memang betul. Aku akui akan hakikat itu. Kalau setakat wajah yang mungkin tidak begitu 'hensem' tak mengapa (tak nak ambil tahu pasal wajah). Tetapi kalau dah sampai melibatkan sahsiah tu, memang kena reformasi semula. Aku tak begitu kisah apa yang dia beritakan tu (mungkin apa yang diberitakan itu tidak benar), tetapi aku tersentak dengan poin penting. Adakah aku begitu hina sehingga dibenci?

0 comments:

Post a Comment

Apa Kata Anda...?