Aku ingin memulakan catatan hari ini dengan puji-pujian dan syukurku kepada Allah subhanahu wa taala yang telah mengurniakan kejayaanku dalam PMR. Selawat dan salamku ke atas Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam serta para sahabat. Alhamdulillah, hari ini aku mendapat keputusan PMRku setelah berusaha selama dua tahun sembilan bulan. Keputusan yang kuperoleh ialah straight 8A. Wow!! Mulanya aku sangka keputusannya tidak seperti yang disasarkan kerana mempunyai masalah dalam Sains (Kertas 2 ada seikit sukar pada Bahagian B) dan Pendidikan Islam (kehilangan 8 markah secara pasti disebabkan tersalah jawab).
Aku amat berterima kasih kepada kesemua guruku yang telah mengajarku dan juga rakan-rakanku (dari ting. 1 hingga ting. 3) sehingga kami mendapat keputusan yang cemerlang, termasuklah:
- Cikgu Noorniza (Guru Tingkatan, merangkap Guru Sejarah yang amat tegas);
- Cikgu Rabiah (Guru BM yang boleh berjenaka dan serius dalam satu-satu masa);
- Cikgu Grace Lim (Guru BI yang bimbang akan Bi anak-anak murid 3A);
- Cikgu Lau Siah Teck (PKHEM merangkap guru tuisyen yang banyak berkongsi pengetahuan yang tidak dipelajari di dalam kelas);
- Cikgu Wendy Tiong (Guru Math yang tegas dan peramah);
- Cikgu Ling Siew Hong (Guru Sains sentiasa sabar walaupun anak-anak muridnya kadang-kadang berkelakuan sedikit seperti 'monyet');
- Cikgu Ling Ngaie Ping (Guru Sains semasa di Ting. 2 yang serius semasa mengajar dan ramah ketika tidak mengajar);
- Cikgu Shapiah (Guru Geografi yang juga tergas ketika mengajar tetapi ramah ketika di luar kelas);
- Ustazah Hasnah (Guru Pend. Islam yang sentiasa menasihati anak-anak muridnya dengan ajaran al-Quran dan Sunnah Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam);
- Cikgu Kiung (Guru KHB-KT sejak Ting. 2 hingga Ting. 3 yang inginkan anak-anak muridnya ber'kemahiran hidup').
Tanpa mereka semua aku takkan dapat 8A seperti yang kuperoleh hari ini. Betul tak? Semoga Allah subhanahu wa taala membalas kesemua usaha, jasa dan pengorbanan mereka dengan sebaik-baik balasan.
Tak dilupakan juga dengan mereka yang mendoakan kejayaan dan juga kejayaan rakan-rakanku (seramai 17 orang dari kelasku, iaitu 3A), semoga Allah membalas mereka dengan sebaik-baik balasan.






0 comments:
Post a Comment
Apa Kata Anda...?