Saturday, June 21, 2008

16 Jamadil Akhir | SJS Berhantu...?

Sebentar tadi, di SJS, penulis menghadiri aktiviti tazkirah Hadis yang dikendalikan oleh Abang Wan Muhammad Fahrurrazi (tiada gelaran lain yang lebih sesuai untuk senior tingkatan lima sepertinya). Aktiviti ini merupakan aktiviti mingguan JOSIPA.
Sementara menunggu kedatang ahli-ahli yang lain (yang memang tak datang pun, buat malu saja), penulis bersama dengan abang Wan dan dua orang senior tingkatan lima berbincang-bincang tentang bermacam-macam perkara. Tetapi, dua perkara utama yang dibincangkan ialah masalah kaum Melayu (mujurlah penulis berbangsa Melanau... :P) dan juga perkara-perkara ghaib.

Yang menariknya, abang Wan menceritakan pengalamannya berhadapan dengan perkara-perkara ghaib, terutamanya dalam merawat kerasukan. Salah satu tip yang dikongsinya ialah: "Jika awak nak baca buku pasal merawat kerasukan, jangan baca pada waktu tengah malam, sunyi, gelap dan bersendirian, kerana mungkin di sekeliling kita ada jin-jin atau iblis-iblis yang juga akan membaca bersama kita." Sangat menarik... :D

Dia juga menceritakan pengalamannya ketika Kem JOSIPA satu dua tahun yang lalu (lebih kurang begitulah tahunnya), termasuklah ketika waktu berkawal dan juga makan pada waktu tengah malam bersama dengan ahli lain.

Menurutnya, ketika dia berkawal tengah pada tengah malam, dia melihat kelibat 'hantu'. Ada yang terapung di pokok, ada yang cuba mengganggu di tepinya dan sebagainya. Menurutnya juga, ketika dia bersama dengan AJK lain berbincang tentang 'hantu', Abang Wan menegah mereka agar tidak memperkatakan tentang 'hantu', namun tidak berhasil. Ketika mereka ingin ke tandas, tiba-tiba Abang Wan tidak ingin mengikuti mereka (ketika dalam perjalanan) kerana dia merasakan ada sesuatu yang mengekori mereka. Yang lain pula, ketika di tandas, mereka mendengar salakan anjing yang kemudiannya bertukar menjadi tangisan bayi. Apalagi, lintang pukang mereka berlari menuju ke arah Abang Wan (menurut ceritanya).

Kemudian, dia menceritakan, pada hari kedua Kem, seorang peserta telah dirasuk. abang Wan mendakwa dia ternampak suatu lembaga putih di atas bumbung blok Josephian (tempat peserta tidur) sedang berjalan dan kemudiannya meluru masuk ke dalam kelas 3A. Kemudian, seorang pelajar dirasuk. Apa yang anehnya, setelah peserta itu rebah (setelah dibaca ayat-ayat al-Quran oleh Abang Wan), peserta itu tidak dapat diangkat olehnya dan beberapa orang AJK yang lain kerana berat, sedangkan berat peserta itu lebih ringan daripada penulis.

Itulah pengalaman Abang Wan yang dikongsikan.

Pada pandangan dia juga, sebenarnya hantu tidak wujud sebenarnya. Itu hanyalah jelmaan syaitan dan jin (dan penulis bersetuju atas pandangannya kerana memang itulah yang penulis pegang selama ini). Tetapi jangan pandang ringan dengan perkara ghaib. Perkara ghaib memang wujud dan makhluk ghaib juga Hamba Allah.


Friday, June 20, 2008

16 Jamadil Akhir | Gaya Bacaan al-Quran

Ketika menulis entri ini, penulis sedang menyaksikan rakaman video solat sunat Tahajjud dari Masjid Nabawi ketika Ramadan yang lalu.
Bagi mereka yang tidak tahu apakah itu solat sunat Tahajjud, biarlah penulis jelaskan maksudnya. Solat sunat Tahajjud ialah solat sunat yang dilakukan setelah terjaga dari tidur pada waktu malam walaupun tidur hanya sekejap. Solat sunat ini digalakkan agar dilakukan, terutamanya ketika bulan Ramadhan.

Baiklah. Berbalik kepada main point.

Setelah lebih sebulan penulis meneliti tiga jenis gaya bacaan al-Quran yang dibaca oleh tiga orang Imam Masjid al-Haram (Syeikh Dr. Abdul Rahman as-Sudais, Syeikh Dr. Saud ash-Shuraim dan Syeikh Mahir al-Mu'ayqali), penulis merasakan adalah lebih elok penulis menggunakan tune Syeikh Mahir al-Mu'ayqali. Bukanlah bermakna penulis tidak suka dengan tune yang lain (malah penulis suka mendengar tune Syeikh as-Sudais dan Syeikh ash-Shuraim). Hal ini demikian kerana:
  1. Tune Syeikh Mahir bersahaja dan tidak perlu dibuat-buat. Hanya perlu mengingati pattern-patternnya sahaja.
  2. Tune Syeikh Mahir tidak memerlukan high pitch tidak seperti yang lain. Hanya sesetengah bahagian sahaja yang memerlukan high pitch, itupun tidak banyak.
  3. Tune Syeikh Mahir masih sama walaupun dalam keadaan sakit (terutama sakit tekak yang tidak begitu teruk).
Di sini penulis menyediakan bacaan al-Quran Surah al-Fatihah yang dibaca oleh Syeikh Mahir al-Mu'ayqali (diupload oleh penulis):

Bagaimana? Merdu, bersahaja dan tenang, bukan?


15 Jamadil Akhir - Guru dengan Pelajar....?

Hari ini dalam sejarah, buat pertama kalinya penulis melihat perkara sebegini di dalam kelas.
Ketika kelas Bahasa Inggeris berlangsung, berlaku suatu ketidakpersefahaman antara Pn. Jennifer dan Nairda Oh. Penulis pun tidak tahu bagaimana ia bermula, kerana semasa penulis tiba dari menghantar buku karangan ke bilik guru, Pn. Jennifer mengarahkan Nairda duduk di belakang, kerana tempat duduknya ialah di tengah laluan baris kedua dan baris ketiga. Penulis juga diarahkan pergi ke belakang, kerana penulis dan Nairda dikatakan 'mengganggu' laluan.

Sebenarnya kami bukanlah hendak mengganggu, tetapi kami tidak dapat menumpukan perhatian sekiranya kami di belakang. Almaklumlah yang di belakang tu semua pakar pembising. Tambahan pula, tahap kabur mata penulis sudah mencapai tahap (sedikit) teruk, jadi penulis perlu ke hadapan untuk melihat dengan jelas (tanpa mnukar tempat duduk, bimbang mengganggu pelajar yang ditukar tempat duduknya).

Entah apa yang berlaku, Nairda kelihatan marah dan begitu juga Pn. Jennifer. Walaupun begitu, kelas diteruskan dengan mengkaji sajak si tenggang's homecoming gubahan Muhammad Haji Salleh. Rangkap pertama dibaca oleh penulis, kemudian rangkap kedua oleh Nairda (macam disebabkan tindakan kami tadi, kami pula kena baca sajak tu).

Pada Rangkap kelima, Pn. Jennifer menekankan sebutan rude, sayangnya nampak seperti beliau mengalami kesukaran menyebut perkataan tersebut. Seperti yang penulis jangkakan, ketika menghuraikan baris tersebut, beliau berkata, "Not rude to the teacher." Alamak, jelas sangat beliau seperti 'menasihati' Nairda. Apalagi, Nairda menoleh ke arah penulis tanpa disedari cikgu), 'memberikan huraian'nya terhadap penjelasan cikgu tersebut.

Suasana tersebut berlarutan sehinggalah tamat kelas English for Science and Technology (yang juga diajar oleh Pn. Jennifer).

Ketika kelas Matematik dan Matematik Tambahan, entah mengapa penulis tidak bermaya hendak menjawab soalan. Mungkin disebabkan terlalu letih kerana tidak makan ketika rehat.

Dan tadi, penulis baru menerima satu lagi komen dari HY, yang berbunyi:
Actually that day i saw u at skei, but i called u n u don realize it so i juz like that lo...
[Maksudnya: Sebenarnya hari tu saya nampak awak di Sarikei, tetapi bila saya panggil awak dan awak tak endahkan panggilan saya, jadi saya macam tu sajalah]
Arghhh! Apa yang jadi ni?

Hari tu penulis berada di luar kedai kelaurganya dan nampak HY, tetapi dia kelihatan tidak perasan akan kehadiran penulis. Kata HY pula, dia nampak penulis dan panggil penulis (sedangkan penulis tak dengar apa-apa pun ketika itu) ketika penulis beredar (setelah hampa kehadiran penulis tidak disedari olehnya). Ya Allah, plot apakah ini? Penulis keliru dan makin keliru....