Ujian dan dugaan sentiasa datang silih berganti... kadang-kadang belum selesai yang satu, datang lagi satu...Pukul 10:00 malam. Nampaknya sukarlah aku nak tidur... Hai, macam-macam berlaku... seperti hari-hari lain... Mula-mula terlelap pada waktu petang sampai terlewat menunaikan solat asar... lepas tu ada pulak kes lain... ada pulak yang nak membunuh diri... tapi, dah kewajipan sebagai Muslim... konsep amar makruf nahi mungkar perlu dilaksanakan... sabda Nabi la dhurur wala dhirar perlu dipatuhi...
Hai, macam-macam ragam manusia dapat aku perhatikan selama aku hidup ni...
Hari ini juga, fikiranku masih buntu... memandangkan tak lama lagi aku akan berpindah, macam-macam dalam fikiranku. Mesej yang kuhantar kepada HY sebelum peperiksaan hari tu masih belum berbalas... sekarang dalam fikiranku ni datang pula yang lain... aku tak tahu bagaimana nak balas kad ucapan yang dihantar oleh Mei Ming tahun lalu sempena hari jadi... Idea untuk menulis khat untuknya memang sudah timbul, hanya utk desginnya sahaja yang menjadi masalah... sama ada hendak buat dalam bentuk calligram atau biasa, itu belum diputuskan lagi... hai, masalah peribadi dan masalah kerja saling mendesakku...






3 comments:
Sebenarnya, situasi pribadi awak ni lebih kurang dengan situasi M.K.A.S. ... akhirnya dia tidak jadi pindah atas dasar persahabatan dan (mungkin)lebih dari itu...sabar sajalah...
kes M.K.A.S ni kira bagus sikit lah kot...sebab tak jadi pindah...
Jangan samakan situasi awak dengan situasi saya kalau tak tahu keadaan yang sebenar. Ayah saya kerja polis, ayah dia kerja apa?
Setelah sekian lama...baru hari ini saya membaca reply comment dari awak dan saya tak pasti bila akan awak baca reply comment dari saya ni...
mungkin bagi awak situasi ini jauh berbeza...secara zahirnya memang saya tak nafikan...
asalnya M.K.A.S ni nak pindah atas desakan ibunya (ibu bapanya telah bercerai). Sebab utama saya tak pasti. Tak jauhpun kalau dia pindah, seberang Labuan jugak(Beaoufort).
Tahun lepas perkara ni berlaku. Dia sendiri kata tak nak pindah. Dia serba-salah(waktu tu kami memang rapat). Satu hari tu, entah apa angin dia, dia berikan satu kertas soalan. Katanya soalan PMR. saya baca saja(tapi, dlm keadaan yg rasa malas nak baca.)Katanya bersambung kemuka surat seterusnya. tapi, saya tak selak langsung-dah namanya malas nak baca. Disebabkan Syiqa nak baca isi kandungan kertas tu, saya serahkan pada dia. M.K.A.S melarang Syiqa membaca muka surat seterusnya. mcm cuba merahsiakan sesuatu(yg hairannya, dia tak larang saya-cuma saya tak buka muka surat seterusnya). Rupa2nya, muka surat seterusnya tu tertulis luahan hatinya yg rasa berat nak pindah. Setiap mlm sukar nak tidur sbb memikirkan keputusan yg perlu dibuat. kalau dia pindah, dia akan berjumpa dgn ramai saudaranya di sana, tapi, dia akan berpisah dgn seorang perempuan(dia tuliskan maklumat perempuan tersebut-pandai dari dia, tempat tinggal yg berhampiran dgnnya(di bukit berhampiran perumahan tempat tinggalnya), umur yg sama dgnnya) semua maklumat tu merujuk kepada saya seorang. kalau maklumat pertama dan kedua sahaja, pastilah tidak semestinya saya, tapi, apabila kedua2nya ditambah dgn maklumat ketiga, tiada seorang pun perempuan di bukit tu yg seumur saya. dan pastinya tiada bukit lain yg berhampiran dgn perumahan tempat tinggalnya.
Lepas kes Syiqa membongkarkan rahsia M.K.A.S tu, M.K.A.S tak banyak bercakap dgn Syiqa. Tapi, dia rapat dgn saya. Dan akhirnya, last2 minit nak buka sekolah 2008, dia tanya pendapat saya adakah patut dia berpindah. Saya tak setuju dia pindah. sbb kami rapat sebagai kawan. Dan hari pertama sekolah tu, saya nampak dia hadir ke sekolah. saya gembira macamlah dia tu boyfriend saya saja(saya hanya anggap dia sebagai kawan sbb tidak lama selepas Syiqa memberitahu luahan yg ditulisnya di kertas yg tertulis soalan PMR(konon) saya telah menjadi gf si kawan sorang tu).
Tapi, yg membuatkan saya rasa sesal adalah sikapnya. awal thn kami memang tiada masalah, tapi, belum pun sampai pertengahan tahun, hubungan kami semacam dingin. dia bukan lagi M.K.A.S. tapi, dia adalah sahabat pena saya yg seperti tidak pernah menjadi sahabat pena saya. Cuma kadang2 dia tegur dan bercakap dgn saya, bezanya tidak lagi se-friendly dulu. syukur saja buat mas ni Zain tak macam dia. Alhamdulillah...
"saya ni dah melencong jauh atau masih pada tajuk??"
yg menjadi persamaan bagi saya ialah:
"macam-macam berlaku..."
-sblm cuti sekolah, kami rapat sangat2.
-dia sendiri sanggup datang ke rumah untuk meminjam dan memulangkan buku(kadang2 sebaliknya).
-Dia tolong saya lukiskan potret wajah saya dgn sukarela.
-rahsianya dibongkar oleh Syiqa
-dia susah untuk melelapkan matanya pada waktu mlm.
"Mesej yang kuhantar kepada_____"
Dia memang ada hantar mesej kpd saya. tapi, berbentuk puisi(semuanya sudah pasti saya balas kerana minat saya)+saya tak pasti apa mesej yg awak hantar pada HY, tapi, mesej yg dia hantar pada saya penuh dgn kepasrahan perpisahan. ini membuatkan saya selalu lmbt reply puisi dia kerana susahnya untuk membalas puisi sedemikian bagi saya.
-Ada satu mesej melalui surat yg membuat saya sedih. dan mesej tu conform tidak saya balas kerana waktu saya baca surat tu, dia tiada di Labuan sudah. Ketika dia serahkan surat tu kpd saya, dia larang saya membacanya sebelum tiba hari esok. saya akur. tapi, ianya sbnrnya menyakitkan hati. dia pindah tanpa memberitahu secara terus terang. Dia kata nak tolong ayah dia(yg tinggal berlainan rumah dgnnya) membuat rumah. tapi, sbnrnya dia dah nak pindah. Dan dia sempat melukiskan sebuah lukisan wajah2 beberapa watak dlm Detective Conan.(dia memang tahu saya minat D.C)
"fikiranku masih buntu..."
-jelas-jelas dia buntu untuk membuat keputusan kerana perasaannya sendiri.
"aku tak tahu bagaimana nak balas___"
-kali ini berkaitan dgn saya yg cari idea untuk membalas puisi perpisahan M.K.A.S. yg paling membuatkan saya pening ialah puisi yg disertakan satu cerita motivasi. puas saya cari cerita yg sesuai untuk dia sampailah waktu kat rumah nenek saya pun saya menulis puisi balasan yg disertakan cerita bermotivasi untuk dia.
Kalau saya baca balik2 pun mesej saya, bagi saya nyatanya situasi saya dan awak berbeza. Banyak persoalan yg nampak berbeza. Tapi, temanya tidak berubah.
seperti awak menulis cerpen penyiasatan. Isi, persoalan, nilai dan pengajaran mungkin berbeza dgn cerpen penyiasatan saya, tapi temanya tidak berubah iaitu PENYIASATAN.
Post a Comment
Apa Kata Anda...?