Saturday, February 09, 2008

Lemahnya Sistem Ulama di Malaysia...

Kerendahan nilai keintelektualan para ulama dan umara hanya mengakibatkan kehancuran umat Islam sahaja dah tidak membawa apa-apa faedah...
Saya berasa sangat sedih dengan perkembangan dunia ulama di Malaysia. Kebanyakannya masih lemah dari segi nilai keintelektualan yang ada pada diri mereka dan juga akhlak mereka yang tidak mencerminkan ketinggian ilmu yang ada.

Hayati video ini:


Lihat sahajalah bagaimana Dr. Badrul Amin menggelarkan Mufti Perlis (Dr. Mohd Asri) sebagai bapak setan. Inikah nilai keintelektualan yang ingin ditonjolkan oleh ulama di Malaysia? Saya tak kisah kalau Mufti Perlis itu melakukan kesilapan, tetapi wajarkan Dr. Badrul Amin menggelarkannya dengan gelaran sebegitu? Sedangkan Allah SWT telah berfirman:
"Dan janganlah kamu memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk." [Al-Hujurat: 11]
Renung-renungkanlah....

0 comments:

Post a Comment

Apa Kata Anda...?