Hari ini merupakan hari pertama Hari Kejohanan Olahraga Bahagian Sarikei (lebih kurang begitulah). Aku pula merupakan antara sukarelawan yang ditugaskan di bahagian pengagihan makanan dan minuman. Tidak disangka, tugas ini memerlukan banyak berjalan (mujurlah aku ini seorang - yang boleh dikatakan - boleh berjalan dalaman masa yang lama atau untuk jarak yang agak jauh). Hari ini minuman yang disediakan ialah minuman Milo (seperti biasa) dan makanannya ialah mihun (pagi) dan nasi ayam (tengah hari).
Aku dan rakan aku (tidak perlulah disebutkan namanya) mengikuti cikgu pergi mengambil makanan untuk tengah hari. Kami melalui jalan yang menuju ke Sibu untuk mengambil makanan yang dipesan di SMK Meradong dan SMK Bandar Bintangor. Kami pergi pukul 10.30 dan tiba di Kompleks Sukan pada pukul 12.00 tengah hari... bukan main lama lagi itu.
Aku tidak balik ke rumah hari ini kerana terpaksa menjaga makanan-makanan yang dibawa tadi bersama dengan sukarelawan-sukarelawan yang lain memandangkan semua guru pulang ke rumah . Semasa kami menjaga, kami bersama ahli-ahli PBSM yang juga tidak balik (mereka itu merupakan rakan sekelas semasa sekolah rendah). Ingatkan tadi boleh main-mainkan mereka, tidak disnagka saya pula dipermainkan. Mereka sibuk bergosip mengenai saya dan 'kisah cinta' saya (bohong saja itu). Sudahlah itu, dengan tiga orang pelajar perempuan Cina lagi. aduh, bisanya. Asyik kena dipermainkan sahaja...

0 comments:
Post a Comment
Apa Kata Anda...?