Friday, August 31, 2007

Mengarang Cerita Seterusnya....

Aku baru sahaja selesai merangka untuk novel penyiasatan pertama aku. Sekarang aku hendak merangka cerpen ketiga aku, cuma kekurangan idea...

Semangat yang Kembali..

Selamat Hari Kemerdekaan!!!

Alhamdulillah, memang patut aku panjatkan rasa kesyukuranku kepada Allah Yang Maha Bijaksana, kerana HARI INI aku mendapat kembali semangat aku. Akhirnya, aku dapat betulkan semula niat dan semangat aku. Jihad. Selama ini aku telah tersasar dari landasan jihad yangsebenar. Selama ini aku belajar kerana aku ingin menewaskan 'kawan baik' aku. Sepatutnya aku berjihad kerana melihat keadaan umat Islam masa kini. Aku sepatutnya berjihad kerana ingin menaikkan imej umat Islam. Dengan in, bolehlah aku belajar dengan lebih bersemangat.

Aku berharap aku dapat tabah dengan telatah dan perlakuan 'kawan baik' aku. Biarlah dia rampas ***, dan aku hanya dapat rasa cemburu dalam hati sahaja. serta menasihatinya. Terpulanglah kepada dia untuk dengar nasihat aku. Kalau dia tak dengar juga, aku akan laksanakan Pelan B.

Ya Allah, kurniakanlah kepadaku ketabahan dan kesabaran terhadap diriku dalam menghadpi hari-hari yang mendatang... aku bermohon kepadamu... perkenanlah doaku ini...

Thursday, August 30, 2007

Amarah yang Memuncak...

Hari ini, aku berasa diri aku dipinggirkan. Mula-mula, tidak dipelawa untuk mendeklamasikan sajak sempena Perhimpunan Khas Peringkat Sekolah Sempena Hari Kemerdekaan. Pelajar-pelajar yang dipelawa kesemuanya rakan sekelas dan rakan aku. Mulanya, aku terasa tersinggung. Tetapi, aku rasa, aku lebih cenderung kepada hafazan al-Quran, memandangkan aku merupakan wakil sekolah dalam kategori Hafazan al-Quran sekolah menengah dalam Majlis Tadarus al-Quran.

Kemudian, 'kawan baik' aku pula semakin memesrakan dirinya dengan ***. Aku semakin marah. Aku cuba melarangnya sekali lagi, namun, sekali lagi dia berkata, "*** bukannya milik kau." Menggelegak darah aku ketika mendengar kata-katanya. Terasa ingin membunuhnya ketika itu juga, tetapi ketika itu aku berada di dalam kelas, jadi, aku membatalkan niatku itu. aku menasihatkannya agar tidak melakukan sedemikian, kerana silap haribulan, dia ditimpa sesuatu yang tidak elok.

Ya Allah, kurniakanlah hidayah kepadaku dan juga 'kawan baik'ku itu. Sedarkanlah dia akan kesilapannya itu sebelum dia ditimpa sesuatu.... aku bermohon kepada-Mu... perkenankanlah doaku...