Sajak ini didedikasikan kepada T.H.Y. (bukan nama sebenar), rakan sekelas saya
H.Y.,
Inginkah kau kuberitahu satu rahsia
dan berjanji tidak akan membocorkannya
kepada orang lain?
Ada seorang pelajar lelaki
sebaya dengan kita
memiliki akal dan pemikiran yang bijak
sentiasa cemerlang dalam pelajaran
tetapi dia ada satu kisah
yang telah dia pendam selama ini.
Ada seorang pelajar perempuan
yang telah menarik perhatian rakan kita ini
walaupun tidaklah terlalu cemerlang dalam pelajaran,
walaupun berbeza bangsa daripadanya,
tetapi ada sesuatu yangtelah memikat hatinya
sehingga lelaki ini sukakan perempuan itu.
Lelaki ini teringin untuk meluahkan perasaannya
kepada perempuan itu
namun dia terlalu 'lambat'
sehingga cuti sekolah pun tiba.
Lelaki ini mengambil keputusan untuk memberitahunya
lebih-lebih lagi setelah mereka bertemu secara tidak sengaja
dan perempuan itu menguntumkan senyuman kepadanya.
Jadi lelaki ini menghantar satu pesanan kepadanya
sebagai langkah pertama
walaupun dia tahu mungkin bertepuk sebelah tangan
dia tetap mencubanya
kerana
memang itulah prinsip yang dipegangnya selama ini
iaitu belum cuba belum tahu.
H.Y.,
Inginkah kau tahu siapa lelaki itu?
Sesungguhnya lelaki itu ialah aku
dan perempuan yang dimaksudkan ialah kau
aku harap kau faham
apa yang kucuba sampaikan
melalui puisi ini
dan kau segera menjawab
pertanyaan itu.
Nota: T.H.Y. di dalam ini tiada kaitan dengan sesiapa yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia.
Membuat keputusan
-
Hidup kita dibentuk oleh keputusan dan tindakan yang dilakukan pada setiap
saat. Mengambil keputusan untuk menerusan kehidupan ialah sesuatu yang amat
...
6 years ago






0 comments:
Post a Comment
Apa Kata Anda...?